SAHABAT LAMA

Wednesday, September 9, 2009

Siapa tak kenal Imam Din kat Kulliah dulu. Famous giler! Suara dia ngancam habis. Walaupun sempat hampir setahun pengajian sahaja di STASAB dulu, namun kemesraan beliau dengan pelajar senior amat terasa.

Pun begitu semasa beliau dan rakan-rakannya mengikuti kursus Bahasa Arab Intensif di Yayasan Pahang, kami masih berhubung ...

Tak sangka .....

.... pulang naik kapal terbang sama ke Mesir. Itulah kerja Allah.

AL-FADHIL AL-USTAZ AL-IMAM USTAZ ZAINUDDIN BIN AHMAD
IMAM 2 MASJID DAERAH MARAN,
PAHANG


Beliau adalah senior saya semasa di sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang (STASAB). Beliau adalah ketua pelajar (1987/88) merupakan seorang komited terhadap tugasnya. Sehingga sekarang saya akan terkenang semula nostalgia sewaktu di STASAB bilamana terdengar suaranya yang gemersik itu. Kali terakhir kami berjumpa semasa saya dijemput memberikan ceramah Maulidur-Rasul di masjid tersebut lebih 3 tahun yang lalu.

Tuan imam nih tengah sibuk mengisi borang keahlian HPA.
Masuk aje lah imam weh, produk orang Islam kita.
Panjang umur jumpa lagi, Insya-Allah!

0 comments:

Post a Comment