Parti Ikan Keli Bakar

Sunday, February 20, 2011

Keli Bakar

10 Ekor Keli + 5 Ekor Patin

Anak-anak saya memang sangat gemar ikan bakar. Keli 'debap' memang mempersonakan, lazat sehingga menjilat jari. Pesta ini selalunya diadakan sewaktu hujung minggu. Aktiviti santai bersama keluarga la katakan.


Tengok tu ..... Tangkap leleh beb!












Jumlah keli dalam sangkar ada 300 ekor sedang menunggu untuk dilepaskan. Akan masuk pula talipia.

Cerita selanjutnya!

Alea n Adib ke Majlis Maulidur Rasul di sekolahnya

Maulidur Rasul di mana-mana

SK Padang Tengku turut meraikan kedatangan tarikh bersejarah 12 Rabiul Awal 1432H sebagai ulangtahun tarikh keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Majlis itu diadakan pada 19 Februari 2011 baru-baru ini



Alea bukan main bergayanya dengan adik dia ....



Mari kita perbanyakkan 'Solawat ' ke atas baginda SAW!

Cerita selanjutnya!

Adib n Alea ke Majlis Maulidur Rasul di sekolahnya

Maulidur Rasul di mana-mana

Sekolah Kebangsaan Padang Tengku turut menyuburkan budaya 'Kasihkan Rasul' dengan mengadakan majlis sambutannya pada 19 Februari 2011 yang lalu.



Kelihatan Adib bergaya penuh semangat bersama akak tehnya.... Alea


Semoga semakin bersinar rasa cinta pada baginda ye, insya-Allah!

Cerita selanjutnya!

Jom Pancing

Thursday, February 10, 2011

Kolam o kolam

Awal bulan November 2010 kolam ini mula beroperasi. Berbekalkan ikan keli, talapia, lampam jawa dan patin, kini kolam kami ceria setiap petang. Berkali sudah kami daratkan ikan keli sebesar lengan dan kami bakar ...

Emmmm ...... memang sedap menikmati keli bakar cicah lada bawang berkicap. Terkini ...








Meh mancing yeah!

Cerita selanjutnya!

Emmm ... Oooh bunga

Wednesday, January 12, 2011

Enaknya sesekali mata menjamah keredupan bebunga di taman. Kerisauan mula menerjah benak hati bila titik hujan mula mengasari sapaannya pada dedaunan dan bungaan di taman. Sungguh, mekarnya sekuntum bunga, melebar sekuntum senyuman tanda gembira dan syukur betapak di hati ini ....



Ya Allah aku rindu pada-Mu serindu-rindunya!












Aku berjanji akan ku bajai, ku sirami, ku jagai kalian wahai bunga-bungaku agar terus menemaniku hingga akhir hayat.

Cerita selanjutnya!

Taman D'Bunga Kasih

Tuesday, January 11, 2011

Pemandangan waktu malam di taman D'bunga kasih

Tak cantik mana pun. Tapi cukuplah untuk aku gunakan bagi sesi terapi mindaku bila-bila masa pun. Nyata kebersamaan dengan alam jelas memugar rasa bertuhan di hati ini. Allah kau Tuhanku!



Memang terasa mesra menyapa bila ku belai dedaunan, bunga-bungaan .....









Cerita selanjutnya!

3 Hari D'Melaka

Sunday, January 9, 2011

Tahun 2010 ini menyaksikan Negeri Melaka pula menjadi dentinasi Hari Keluarga Haji Hussain As-Syadidee. Tarikh 3 Disember 2010 menyaksikan 8 buah kereta (tak termasuk keluarga pak cik Mee) memuatkan keseluruhan keluarga allahyarham ayahanda Hj Hussain bergerak ke destinasi pertama, rumah chu Nani di Bentong seawal jam 7.00 pagi. Lebih kurang jam 3.00 petang kami selamat tiba di penginapan pertama di Melaka. Sedia menanti al-Fadhil us Ismail yaakob (adiknye us Ali).... pemandu pelancong daaa


Adib Fakhree mencuba papan gelonsor kat Melaka nii. Ok kot!







































































Cerita selanjutnya!