KUAH DAH TUMPAH KAT NASI

Wednesday, September 9, 2009

Anak kedua saya Ais Sofea (4A 1C)telah menurut jejak langkah abangnya, Arif Farhan (5A) untuk ke sekolah abah uminya, sekaligus sekolah yang diasaskan oleh atuk mereka Al-Fadhil Al-Ustaz Hussain b Ibrahim ...

Inilah kisah ...

كلية اللغة والدين السلطان أبو بكر بهانج، فكن بهانج
Kulliah Al-Lughah Wad-Deen
As-Sultan Abu Bakar Pahang,
Pekan Pahang.

PENAUNG
USTAZAH PAHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENASIHAT
USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN HASSAN

PENGERUSI JK
USTAZ ABDUL KARIM BIN SIDEK

PENGARAH
MUHAMMAD SALIHIN BIN IBRAHIM

PEN. PENGARAH
MUHAMMAD HASBULLAH BIN SUHAIMI


KEM ANAK SOLIH 2009
PELAJAR-PELAJAR SMAPT
(TINGKATAN 1 & 2)
7-10 MEI 2009

Sebagaimana tahun-tahun lepas, Kem Anak Solih kini kembali semula ke SMAPT. Saya gembira melihat kegelisahan anak kedua saya Anis Sofea atau angah berkemas-kemas untuk ke kem tersebut. Angah yang terkenal dengan punchuality, kuat semangat, amat berdisiplin menggesa saya menghantarnya ke sekolah seawal jam 2.30 petang jumaat 7 Mei. Katanya takut lewat.

Memang kami antara yang terawal diikuti Kak Ne yang datang membawa Ijah. Angah dan Ijah ditinggalkan bersama kawan-kawan mereka di asrama.

Pagi ini sabtu, 8 Mei seawal jam 8.15 pagi selepas menghantar anak ketiga saya Ahmad Fawwaz ke Kem Kecemerlangan UPSR di SK Gua, saya terus ke SMAPT. Saya dapati para peserta sedang beriadah dalam kumpulan masing-masing. Agak lam juga saya perhatikan, namun tak nampak kelibat angah bersama mereka. Lalu saya berhubung dengan beberapa fasi program untuk bertemu dengan angah. Agak terkejut saya bila mereka memberitahu angah tiada di loksi. Tambah mereka lagi angah di Asrama, kurang sihat.

Akhirnya saya berjumpa dengan angah dan memang menangis! Tak sihat ke? Makan tak sedap ke? Saya pun gunakan ilmu kaunseling yang saya ada. Lama juga angah dalam perangkap perasaan ... angah nak balik rumah! Saya semak masalahnya yang sebenar. Angahkan kuat semangat! Berdisiplin! Perkataan Angah bukan sakit menjadi klu untuk mencungkil gangguan emosinya. Angah nak balik ke bilik angah. Angah diminta duduk di bilik sakit (kerana keadaannya seperti orang kurang sihat). jauh dengan bilik air. Beg angah kat bilik di tingkat 2 tu. Susahlah berulang-alik. jauh. Oooooh itu masalahnya. Ok, angah kena buat macam orang sihat dan ceria. Saya pun meminta fasi muslimat menguruskan masalah tersebut. Harap ianya selesai dan angah boleh teruskan kembaranya bersama Kem Anak Solih. Syabbas untuk semua.

ANDA MEMANG HEBAT!


ANTARA FOTO MENARIK YANG SEMPAT DIRAKAM


Gambar 1
Antara fasi paling ceria yang saya temui rupa-rupanya anak kepada
kawan sekampung dan sepermainan saya sewaktu kecil-kecil dulu

Gambar 2
Beberapa orang fasi muslimat sempat ditemui dan beramah mesra
berhubung Kem Anak Solih ini

Gambar 3
Berkumpul di perkarangan asrama puteri yang baru
sebelum meneruskan sesi berikutnya di musalla

Gambar 4
Kelihatan Coaster SMAPT yang dipandu Us Arshad mengambil peserta
muslimat yang tiba-tiba pengsan kerana terlambat ambil sarapan bersama
beberapa orang peserta muslimat yang kurang sihat
ke klinik Padang Tengku

Gambar 5
Al-Fadhil Ustaz Hj JAmaluddin b Adam, Penyelaras j-QAF IPGM Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis sedang menyampaikan ceramahnya
bertajuk: Solat Berkualiti membentuk Peribadi Anak Solih Sejati

Gambar 6
Para peserta muslimin khusyu' mendengar ceramah yang disapaikan
Us Hj Jamauddin

Gambar 7
Peserta muslimat kelihat bersesak masuk ke musalla untuk
mendengar ceramah

Gambar 7
Suasana ceramah dari pandangan belakang musalla

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak STASAB, SMAPT, para fasi dan peserta di atas kerjasama serta komitmen jitu yang ditunjukkan semua pihak dalam melaksanakan kem ini.

Sebagai salah seorang bekas pelajar dan pimpinan SMAPT (1980-1985), STASAB (1986-1987), apatah lagi sebagai penjaga kepada dua orang anak saya di SMAPT (Tingkatan 3 dan Tingkatan 1) sekarang ini, saya amat mengharapkan agar aktiviti seumpama diteruskan sampai bila-bila.

Saya percaya ramai lagi bekas pelajar SMAPT akan menyatakan sokongan padu kepada perjuangan sahabat-sahabat kita di SMAPT ini.

Sahabat-sahabatku, para mu'alim, murbbiy dan muaddib di SMAPT, syabbas dan terima kasih kerana berani mendepani cabaran menghidupkan usaha-usaha murni ini.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan-puan, guru-guru semua.

TQ




0 comments:

Post a Comment