Yeah ... Meh raya 2009

Sunday, September 27, 2009

Lebaran datang lagi .....

Giliran raya puasa kali ini, kat Padang Tengku pulak



Pertama kali membuat lemang tanpa bantuan pakar-pakar. Apa nak kata ....


















Cerita selanjutnya!

IFTAR JAMAE'I DI SMK CLIFFORD LIPIS

Seronoknya join majlis berbuka puasa di SMK Clifford nih ... kata Adib Fakhree



Abang dan kakaknya pula kata ....





Cerita selanjutnya!

BUAT KUIH RAYA

Letih macam manapun, sibuk macam mana pun, kuih raya kena buat gak ...

Jom sama-sama tengok aksinye weh


Cerita selanjutnya!

SAHABAT LAMA

Wednesday, September 9, 2009

Siapa tak kenal Imam Din kat Kulliah dulu. Famous giler! Suara dia ngancam habis. Walaupun sempat hampir setahun pengajian sahaja di STASAB dulu, namun kemesraan beliau dengan pelajar senior amat terasa.

Pun begitu semasa beliau dan rakan-rakannya mengikuti kursus Bahasa Arab Intensif di Yayasan Pahang, kami masih berhubung ...

Tak sangka .....

.... pulang naik kapal terbang sama ke Mesir. Itulah kerja Allah.

AL-FADHIL AL-USTAZ AL-IMAM USTAZ ZAINUDDIN BIN AHMAD
IMAM 2 MASJID DAERAH MARAN,
PAHANG


Beliau adalah senior saya semasa di sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang (STASAB). Beliau adalah ketua pelajar (1987/88) merupakan seorang komited terhadap tugasnya. Sehingga sekarang saya akan terkenang semula nostalgia sewaktu di STASAB bilamana terdengar suaranya yang gemersik itu. Kali terakhir kami berjumpa semasa saya dijemput memberikan ceramah Maulidur-Rasul di masjid tersebut lebih 3 tahun yang lalu.

Tuan imam nih tengah sibuk mengisi borang keahlian HPA.
Masuk aje lah imam weh, produk orang Islam kita.
Panjang umur jumpa lagi, Insya-Allah!

Cerita selanjutnya!

KUAH DAH TUMPAH KAT NASI

Anak kedua saya Ais Sofea (4A 1C)telah menurut jejak langkah abangnya, Arif Farhan (5A) untuk ke sekolah abah uminya, sekaligus sekolah yang diasaskan oleh atuk mereka Al-Fadhil Al-Ustaz Hussain b Ibrahim ...

Inilah kisah ...

كلية اللغة والدين السلطان أبو بكر بهانج، فكن بهانج
Kulliah Al-Lughah Wad-Deen
As-Sultan Abu Bakar Pahang,
Pekan Pahang.

PENAUNG
USTAZAH PAHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENASIHAT
USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN HASSAN

PENGERUSI JK
USTAZ ABDUL KARIM BIN SIDEK

PENGARAH
MUHAMMAD SALIHIN BIN IBRAHIM

PEN. PENGARAH
MUHAMMAD HASBULLAH BIN SUHAIMI


KEM ANAK SOLIH 2009
PELAJAR-PELAJAR SMAPT
(TINGKATAN 1 & 2)
7-10 MEI 2009

Sebagaimana tahun-tahun lepas, Kem Anak Solih kini kembali semula ke SMAPT. Saya gembira melihat kegelisahan anak kedua saya Anis Sofea atau angah berkemas-kemas untuk ke kem tersebut. Angah yang terkenal dengan punchuality, kuat semangat, amat berdisiplin menggesa saya menghantarnya ke sekolah seawal jam 2.30 petang jumaat 7 Mei. Katanya takut lewat.

Memang kami antara yang terawal diikuti Kak Ne yang datang membawa Ijah. Angah dan Ijah ditinggalkan bersama kawan-kawan mereka di asrama.

Pagi ini sabtu, 8 Mei seawal jam 8.15 pagi selepas menghantar anak ketiga saya Ahmad Fawwaz ke Kem Kecemerlangan UPSR di SK Gua, saya terus ke SMAPT. Saya dapati para peserta sedang beriadah dalam kumpulan masing-masing. Agak lam juga saya perhatikan, namun tak nampak kelibat angah bersama mereka. Lalu saya berhubung dengan beberapa fasi program untuk bertemu dengan angah. Agak terkejut saya bila mereka memberitahu angah tiada di loksi. Tambah mereka lagi angah di Asrama, kurang sihat.

Akhirnya saya berjumpa dengan angah dan memang menangis! Tak sihat ke? Makan tak sedap ke? Saya pun gunakan ilmu kaunseling yang saya ada. Lama juga angah dalam perangkap perasaan ... angah nak balik rumah! Saya semak masalahnya yang sebenar. Angahkan kuat semangat! Berdisiplin! Perkataan Angah bukan sakit menjadi klu untuk mencungkil gangguan emosinya. Angah nak balik ke bilik angah. Angah diminta duduk di bilik sakit (kerana keadaannya seperti orang kurang sihat). jauh dengan bilik air. Beg angah kat bilik di tingkat 2 tu. Susahlah berulang-alik. jauh. Oooooh itu masalahnya. Ok, angah kena buat macam orang sihat dan ceria. Saya pun meminta fasi muslimat menguruskan masalah tersebut. Harap ianya selesai dan angah boleh teruskan kembaranya bersama Kem Anak Solih. Syabbas untuk semua.

ANDA MEMANG HEBAT!


ANTARA FOTO MENARIK YANG SEMPAT DIRAKAM


Gambar 1
Antara fasi paling ceria yang saya temui rupa-rupanya anak kepada
kawan sekampung dan sepermainan saya sewaktu kecil-kecil dulu

Gambar 2
Beberapa orang fasi muslimat sempat ditemui dan beramah mesra
berhubung Kem Anak Solih ini

Gambar 3
Berkumpul di perkarangan asrama puteri yang baru
sebelum meneruskan sesi berikutnya di musalla

Gambar 4
Kelihatan Coaster SMAPT yang dipandu Us Arshad mengambil peserta
muslimat yang tiba-tiba pengsan kerana terlambat ambil sarapan bersama
beberapa orang peserta muslimat yang kurang sihat
ke klinik Padang Tengku

Gambar 5
Al-Fadhil Ustaz Hj JAmaluddin b Adam, Penyelaras j-QAF IPGM Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis sedang menyampaikan ceramahnya
bertajuk: Solat Berkualiti membentuk Peribadi Anak Solih Sejati

Gambar 6
Para peserta muslimin khusyu' mendengar ceramah yang disapaikan
Us Hj Jamauddin

Gambar 7
Peserta muslimat kelihat bersesak masuk ke musalla untuk
mendengar ceramah

Gambar 7
Suasana ceramah dari pandangan belakang musalla

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak STASAB, SMAPT, para fasi dan peserta di atas kerjasama serta komitmen jitu yang ditunjukkan semua pihak dalam melaksanakan kem ini.

Sebagai salah seorang bekas pelajar dan pimpinan SMAPT (1980-1985), STASAB (1986-1987), apatah lagi sebagai penjaga kepada dua orang anak saya di SMAPT (Tingkatan 3 dan Tingkatan 1) sekarang ini, saya amat mengharapkan agar aktiviti seumpama diteruskan sampai bila-bila.

Saya percaya ramai lagi bekas pelajar SMAPT akan menyatakan sokongan padu kepada perjuangan sahabat-sahabat kita di SMAPT ini.

Sahabat-sahabatku, para mu'alim, murbbiy dan muaddib di SMAPT, syabbas dan terima kasih kerana berani mendepani cabaran menghidupkan usaha-usaha murni ini.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan-puan, guru-guru semua.

TQ




Cerita selanjutnya!

BERGURU KALI KEDUA

Saya memang tahu kat Maktab Afzan ada guru saya. Bahkan guru kelas saya, al-fadhil us Nasurdin b Hj Ahmad. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke maktab ini bila saya diterima untuk mengajar kelas musim cuti bagi program j-QAF seawal diperkenalkan.

Maka bermulalah .....

alkisah tentang cita-cita @ angan-angan menjadi pensyarah di maktab ni ... Us Nasurdin kemukakan buah fikiran. Saya pun mencuba. Akhirnya mei 2007 saya diarah melapor diri ke IPTAA. Gembira tidak terkira kerana terus berpeluang belajar dan belajar dari sifu saya, Us Nasurdin

Untuk us, saya abadikan kenangan abadi kita semasa di Sek Men Agama Al-Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku satu ketika dulu.

MEMORI ABADI

Tingkatan 4 Kuning
1984

Guru Kelas: Us Nasurdin b Hj Ahmad
Ketua Kelas: Johari b Isa
Penolong K/kelas: Norazian bt Halimin


Gambar 1

Inilah gambar kenangan di kelas

Berdiri dari kiri: Us Nasurdin b Hj Ahmad

Cerita selanjutnya!

JOM CARI KAWAN ...

Saya saudaramu di dalam Islam bernama BORHAN BIN ARIPIN. Anak kelahiran kampung Selindang. Mempunyai seorang abang dan dua orang kakak. Orang kata kami anak selang bunga: perempuan (Rahimah), lelaki (Azhar), permpuan (Mazidah) dan lelaki (saya la tu). Anak bongsu dari 4 beradik.

Emak bernama Noriah bte Mamat b Bidi (Menteri Mamat, bekas ketua kampung Berchang). Ayah bernama Aripin b Endul bin Derahing (Berasal dari Kelantan - Salor, Pasir mas).

Sejarah pendidikan saya .....

1. SK BERCHANG 1976-1980
2. SMA AL-MAIDAH AD-DINIAH PADANG TENGKU 1980-1985
3. STASAB 1986-1988
4. AL-AZHAR 1988-1993
5. UIAM GOMBAK 1993-1994
6. SEMESTA 1995-2004
7. UKM BANGI 2004-2007
8. JAPIM IPGM KTAA 2007

Cerita selanjutnya!

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Koleksi gambar abang Yan (Arif Farhan) semasa di awal tingkatan tiga. Duduk ditangga keempat dan calon 9A PMR 2009.

Abang Yan sedang disuntik ....


Kita sama-sama doakan ......





Cerita selanjutnya!

BONZAI KREATIF 1

Tuesday, September 8, 2009

Lama saya cari baru sekarang berjumpa. Inilah bonzai Kreatif pertama dihasilkan dengan kombinasi idea isteri tersayang. Saya potong tunggul kayu tu, dia pula tanamkan kaktus-kaktus mini tu kat lokasi strategik pada kayu tadi.

Sedang seronok tanam kaktus tu tiba-tiba ...

.... isteri saya menjerit. Laaaa terkena duri kaktus tu rupanya








Cerita selanjutnya!

LAGI BONZAI KREATIF

Ini adalah bonzai ke-2 untuk bonzai kategori Kreatif. Ia menggabungkan bahan-bahan alamiah berupa tunggul kayu yang (kayu raja) dipadankan mengikut keserasian dengan pokok hidup.

Agak kasar dan dalam proses menghalusinya ...



Cerita selanjutnya!

LAGI GAMBAR-GAMBAR TERKINI BANGLO

Saya dan isteri memang berpuas hati dengan hasil projek tambahan bangunan kami ini. Ia kelihatan mengubah pemandangan luaran banglo kami. Kelihatan lebih segak, gagah. Gabungan tradisional dan kontenporari.

Ewah ... ye ke!

Perkembangan terkini berhubung bagunan tambahan bahagian keliling
dan belakang teratak KAMI
















Kerja-kerja sedikit terganggu apabila atap tambahan, rabung bulat masih belum sampai!

Cerita selanjutnya!