Lagi seorang pewaris kami ke SMAPT 2010

Wednesday, January 6, 2010

Tahniah abang De ...

Selamat menjadi warga SMAPT. Itulah sekolah abah dan umi. Itulah juga sekolah abang Long dan angah. Abang Yan dan skor 9A berbekalkan UPSR 5A. Insya-Allah angah juga sedang merintis jalan ke 9A juga dengan bekalan UPSR 4A 1C. Abah yakin dengan 2A 1B 2C, abang de boleh capai macam abng yan. Kerana bukan UPSR itu syarat kecemerlangan seterusnya.Apa yang pasti perubahan ke arah kecemerlangan itu telah bermula dan sedang berlangsung sampai bila-bila. Abang yan konsisten dengan perubahan hingga periksa. Angah sedang membina dan menyuburkan perubahan hingga ke tarikh-tarikh keramat itu. Begitulah dengan abang de ... kena berubah dan terus berubah untuk lebih rajin dan usaha sehingga bertemu detik-detik keramat itu juga.

Along Safuan dan jadi majesterit! Along Farah dah jadi akauntan! Abang Yang berusaha untuk jadi doktor!

Mari kita pasang impian setinggi bintang di langit. Kemudian kita sama-sama cari jalan untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. Insya-Allah Allah bantu kita.

AHMAD FAWWAZ BIN BORHAN ... di hari pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMAPT. Satu Ikram (D). Tak pa ... abah dulu pun mula dengan Kelas Peralihan Biru (D! Janji usaha sehabis daya insya-Allah berjaya.




















0 comments:

Post a Comment