Pokok bunga pisang @ pokok pisang bunga nih buat saya termenung berkali-kali. mau tidaknya ... pokok pisang ketot tapi bukan bantut. Sehingga saya kata kat member lama saya us shukri, nak g OUM nanti, jangan lupa bawa benihnya barang sebatang.
Dia jawab, ok bob ... dont worry, mesti dapat punya. dekat nak melangkah balik ...
... Sahabat, nah amik sepokok nih. Kalau berlaku sesuatu yang tak diingini, aku cari yang lain. Al-hamdulillah, tq sahabatku. Dengan gembiranya saya bawa balik dan terus menanamnya di dalam pasu yang memang tersedia untuk membonzai.
Semoga usianya dipanjangkan Allah.
Memang menawan giler
Friday, January 22, 2010Posted by Borhan bin Aripin at 5:39 PM 0 comments
Labels: Bonzai
Adib cedera ...
Tuesday, January 19, 2010Tiba2 adik terguling sambil memegang dari. Dari celah-celah jemari halusnya mengalir cecair merah. Darah! Ya Allah sekelip mata adib cedera. Baru sebentar abah menyapanya. Adib menjawab sambil matanya sibuk memandang objek di tangan. Rupa2nya dia tersampuk kat wayer melintang ...
Maka, berkejarlah abah membawanya ke wad kecemasan hospital Lipis. Luka agak dalam, kalu jahitpun cukup dengan satu jaitan sahaja. Tapi memadalah kita gam aje, kata pegawai bertugas. Al-hamdulillah.
Posted by Borhan bin Aripin at 7:40 PM 0 comments
Labels: Adib Fakhree
Kebun Seberang Jelai
Al-hamdulillah ...
Dengan kehendak Allah jua, rezeki kami semakin bertambah. Di Selindang (Hj Aripin)dapat tanah lebih 1 ekar ... dah buat banglo "Baity Jannaty". Dapat pula tanah 1 ekar kat Seberang Jelai (Hj Hussain) ... dah gali lubang nak tanam anak getah (lebih 500 batang)dan ...
... dah mula menyemai benih sayuran. Anak-anak suka sangat. Darling jangan ceritala!!!
Kat tengah tanah tu ada pulak anak sungai. Cadangnya nak panggil backhow cuci kiri kanannya. Haaaa nak buat lokasi rekreasi keluarga.
AL-HAMDULILLAH! Kepada ayahanda berdua moga Allah menyediakan tempat kalian di Syurga. Amin!
Posted by Borhan bin Aripin at 4:41 PM 0 comments
Labels: Keluarga kita
Anis Sofea memburu jejak along di tahun 2010
Sunday, January 17, 2010Terus mencari posisi mantap di tahun 2010 ini. Setelah berjaya meningkat dari kelas Satu Irsyad ke kelas Dua Ehsan ....
Berazam meneruskan kegemilangan abang long di PMR 2011 nanti. Insya-Allah 9A itu bukan mustahil di peroleh dengan syarat kita cari punca2 ke sana dari sekarang.
Umi abah sentiasa doakan akan keberhasilannya!
AMIN!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:21 PM 0 comments
Labels: Anis Sofea
Alea Shameem dan 2010
Alea jadi penolong ketua kelas tahun ni ...
Tahniah! Potensi kepimpinan alea tu dihargai pihak sekolah agaknya.
Memang la .. sejarah umi dan abah telah sebati dengan jawatan pengawas ni. Umi jadi pengawas dan pegang jawatan penting dalam persatuan semasa di UM dulu.
Abah pula jadi pengawas dan ketua pengawas 2 tahun (semasa di Ting 4 dan 5 di SMAPT) dan menjawat beberapa jawatan penting dalam persatuan pelajar pahang di Mesir (BKMIP) dulu.
Moga Allah memimpin kita semua!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:14 PM 0 comments
Labels: Alea Shameem
Adib di awal persekolahan 2010
Masih kekal di PASTI Al-Hidayah Padang Tengku.
Begitu bersemangat Adib Fakhree untuk memulakan hari pertamanya di PASTI untuk sesi 2010 kelas 6 Tahun.
Teruskan perjuangan anak. Jadilah hamba Allah yang ikhlas serta anak solih.
AMIN
Posted by Borhan bin Aripin at 7:04 PM 0 comments
Labels: Adib Fakhree
Lama nian menunggu .. baki 96%
Friday, January 15, 2010Saya sangat gembira, walau menunggu lama
Posted by Borhan bin Aripin at 12:30 AM 0 comments
Labels: Bangloku
Lagi seorang pewaris kami ke SMAPT 2010
Wednesday, January 6, 2010Tahniah abang De ...
Selamat menjadi warga SMAPT. Itulah sekolah abah dan umi. Itulah juga sekolah abang Long dan angah. Abang Yan dan skor 9A berbekalkan UPSR 5A. Insya-Allah angah juga sedang merintis jalan ke 9A juga dengan bekalan UPSR 4A 1C. Abah yakin dengan 2A 1B 2C, abang de boleh capai macam abng yan. Kerana bukan UPSR itu syarat kecemerlangan seterusnya.Apa yang pasti perubahan ke arah kecemerlangan itu telah bermula dan sedang berlangsung sampai bila-bila. Abang yan konsisten dengan perubahan hingga periksa. Angah sedang membina dan menyuburkan perubahan hingga ke tarikh-tarikh keramat itu. Begitulah dengan abang de ... kena berubah dan terus berubah untuk lebih rajin dan usaha sehingga bertemu detik-detik keramat itu juga.
Along Safuan dan jadi majesterit! Along Farah dah jadi akauntan! Abang Yang berusaha untuk jadi doktor!
Mari kita pasang impian setinggi bintang di langit. Kemudian kita sama-sama cari jalan untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. Insya-Allah Allah bantu kita.
AHMAD FAWWAZ BIN BORHAN ... di hari pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMAPT. Satu Ikram (D). Tak pa ... abah dulu pun mula dengan Kelas Peralihan Biru (D! Janji usaha sehabis daya insya-Allah berjaya.
Posted by Borhan bin Aripin at 5:13 PM 0 comments
Labels: Ahmad Fawwaz
9A PMR 2009
Monday, January 4, 2010SUBHANALLAH WA AL-HAMDULILLAH WA ALLAHU AKBAR
'ARIF FARHAN 9A PMR 2009
Dengan penuh syahdu dan kesyukuran kami terima anugerah-Mu ya Allah
DR. 'ARIF FARHAN BIN HJ BORHAN
Moga impian kita menjadi kanyataan
Terima kasih ya Allah!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:45 PM 0 comments
Labels: Arif Farhan