Emmm ... Oooh bunga

Wednesday, January 12, 2011

Enaknya sesekali mata menjamah keredupan bebunga di taman. Kerisauan mula menerjah benak hati bila titik hujan mula mengasari sapaannya pada dedaunan dan bungaan di taman. Sungguh, mekarnya sekuntum bunga, melebar sekuntum senyuman tanda gembira dan syukur betapak di hati ini ....



Ya Allah aku rindu pada-Mu serindu-rindunya!












Aku berjanji akan ku bajai, ku sirami, ku jagai kalian wahai bunga-bungaku agar terus menemaniku hingga akhir hayat.

Cerita selanjutnya!

Taman D'Bunga Kasih

Tuesday, January 11, 2011

Pemandangan waktu malam di taman D'bunga kasih

Tak cantik mana pun. Tapi cukuplah untuk aku gunakan bagi sesi terapi mindaku bila-bila masa pun. Nyata kebersamaan dengan alam jelas memugar rasa bertuhan di hati ini. Allah kau Tuhanku!



Memang terasa mesra menyapa bila ku belai dedaunan, bunga-bungaan .....









Cerita selanjutnya!

3 Hari D'Melaka

Sunday, January 9, 2011

Tahun 2010 ini menyaksikan Negeri Melaka pula menjadi dentinasi Hari Keluarga Haji Hussain As-Syadidee. Tarikh 3 Disember 2010 menyaksikan 8 buah kereta (tak termasuk keluarga pak cik Mee) memuatkan keseluruhan keluarga allahyarham ayahanda Hj Hussain bergerak ke destinasi pertama, rumah chu Nani di Bentong seawal jam 7.00 pagi. Lebih kurang jam 3.00 petang kami selamat tiba di penginapan pertama di Melaka. Sedia menanti al-Fadhil us Ismail yaakob (adiknye us Ali).... pemandu pelancong daaa


Adib Fakhree mencuba papan gelonsor kat Melaka nii. Ok kot!







































































Cerita selanjutnya!