Tak sabar-sabar nak naik rumah baru ...
Friday, December 4, 2009Posted by Borhan bin Aripin at 8:12 AM 0 comments
Labels: Bangloku
Ngantuk punya hal ...
Posted by Borhan bin Aripin at 8:00 AM 0 comments
Labels: Adib Fakhree
Bukan gambar ....
Posted by Borhan bin Aripin at 7:52 AM 0 comments
Labels: Adib Fakhree
Berkorban di Hari Raya Korban 2009
Wednesday, December 2, 2009
Dari muafakat yang selamba antara adik-beradik, hasrat untuk menjalankan ibadah korban sempena Raya Haji tahun ini menjadi reliti. Penentuan agihan share dan pencarian lembu berkenaan berkesudahan tatkala hampir ke detik lebaran.
Lembu jantan, peliharan rakan kak long akhirnya menamatkan pencarian haiwan pilihan kami. Dengan agihan bermula arwah emak, apak, kak long, abang long, kak de, abang de dan saya sendiri menyempurnakan penentuan agihan share terbabit. Dengan harga RM2100, pembelian haiwan tersebut diuruskan.
Anak-anak kami memang teruja untuk menjiwai dan memahami ibadah korban ini. Ada yang berani sangat untuk menyaksikan detik-detik ....
lembu itu disembelih. Tak kurang juga yang takut. Tak mampu melihat darah yang memancut keluar dari luka sembelihan itu.
Memang kami telah lama merancang tapi belum diizinkan Allah untuk melaksanakan hajat kami itu. Kami bersyukur kali ini, keizinan Allah mengizinkan kami menyempurnakan impian yang sekian lama terpendam di sanubari kami.
Moga Allah menerima pengorbanan yang tak seberapa dari kami ini.
Kami berazam untuk mengulangi ibadah ini untuk tahun-tahun berikutnya, insya-Allah!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:22 AM 0 comments
Labels: Keluarga saya